Monday, March 19, 2012

~Ikatan Mahabbah Bank Muamalat~


..assalamualaikum..

sy slaku
exco kemudahan, perkhidmatan dan kebajikan
DPP Bank Muamalat
ingin mngucpkan ribuan trima ksih
pd smua yg telah mnjayakan
gotong-royong
"IKATAN MAHABBAH BANK MUAMALAT"
yg tlh brlgsung pada
2 MAC 2012
di Dataran Mawar, DPP Bank Muamalat
terima kasih sgt2 yer ats kerjasama baik yg korg smua bg

~saya sayang MUAMALAT~

.::antara tugas yg diberikan adalah::.

(menyapu daun2 atas jalan)

(menyapu daun2 disekitar Dataran Mawar)

(membersihkan longkang)

(mengecat meja dan kerusi)

~yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu datang dari diri kita sndiri~

p/s: pasni lau ade gotong-royong, joinlah lg yerr...^_^


~Isteri Yang Solehah~

Kecerdikan seorang isteri bukan diukur daripada segulung dua ijazah yang diraih dari universiti atau kolej-kolej. [Jangan salah faham..tidak bermaksud Islam melarang wanita mencari ilmu setinggi mana dan tidak melarang wanita bekerja, tapi mestilah dengan batas-batas yang ditetapkan Allah..yang mana semua batasan itu adalah untuk kebaikan wanita itu sendiri jika dia berfikir dengan mata hati yang jernih.]

1. Kecerdikan isteri terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka mahu pun duka.

2. Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah lembut.

3. Tutur katanya halus dan berhati-hati agar suami tidak terasa hati.

4. Gurauannya bersahaja sangat menyenangkan jiwa.

5. Dia bijak mengangkat nilai suami pada pandangan orang lain. [Tidak bererti kena puji melambung setiap hari..bukan pula sampai menjaja hal peribadi.. Jangan jatuhkan maruah suami di hadapan sesiapapun termasuk anak-anak, keluarga mertua dan keluarga isteri.]

6. Sentiasa bersedia untuk diajak berbual apa sahaja tanpa rasa jemu dan perasaan layu.

7. Isteri yang pandai membaca riak rasa suami sama ada gembira atau sebaliknya.

8. Menjadi penguat semangatnya untuk melakukan yang lebih baik esok hari. Ada pepatah mengatakan di belakang seorang lelaki berjaya, ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniup semangat juangnya..